Tuesday 29 April 2014

HARI KIAMAT PASTI BERLAKU

Semasa mengajar berkenaan tajuk Hari Kiamat, saya telah menggunakan video nyanyian kumpulan Raihan yang bertajuk Khabar Iman untuk menarik perhatian pelajar. Di dalam video tersebut mengandungi audio dan visual yang bersesuaian dengan tajuk. Dengan cara ini murid-murid dapat berfikir dan melontarkan soalan  sekiranya mereka ingin penjelasan yang lebih mendalam dan memberikan pendapat yang mereka tahu.

Cara pengajaran ini menggalakkan KBAT dikalangan murid-murid kerana mereka akan sentiasa berfikir dan melontarkan soalan.






اللغة العربية - فصلنا نظيف


فصلنا نظيف
 (Kelas Kami Bersih)

للصف الثالث (Tahun 3)








NAMA-NAMA LAIN BAGI AL-QUR'AN - TAHUN 3







Hasil BBM  yang disediakan untuk murid-murid 

Nama-nama bulan dalam Bahasa Arab
























WHAT IS MERS-CoV?

Semalam tengok Astro Awani melaporkan virus ni, macam tertarik pula nak ambil tahu..Sbabnya batuk saya makin kuat dan tidak berkurangan..Dan spontan keluar dari mulut ibu , "jaga-jaga batuk tu, takut kena virus unta ni"..tetiba rasa seram pula..

Apa sebenarnya MERS-Cov ni? Yang paling basic saya tahu virus ni berasal daripada unta..Jadi sesiapa yang baru balik menunaikan umrah atau haji perlu melaksanakan saringan pemeriksaan kesihatan..Sebab penyakit ini berjangkit, boleh bawak maut. Erk??


Penyakit MERS ditemukan di sejumlah unta di Arab Saudi dan Mesir, 
dan diyakini telah berpindah ke manusia dari unta.


Ni info yang dipetik dari medicalnews, http://www.medicalnewstoday.com/articles/262538.php

MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus), previously known as the Novel Coronavirus or SARS-like virus, is a member of the coronavirus family.


MERS-CoV - Notice the "corona" (crown) like projections around them

What are the signs and symptoms of MERS-CoV infection?
(Cuba cek ye kawan-kawan)

Not all infected people have symptoms, i.e. some individuals may be infected with MERS-CoV and do not get ill.
Infected patients may have the following signs and symptoms:
  • Coughing
  • Mucous
  • Shortness of breath
  • Malaise - a general feeling of being unwell
  • Chest pain
  • Fever
  • Diarrhea (in some cases)
  • Renal (kidney) failure





Kalau nak bacaan dalam Bahasa Melayu, boleh refer kat link suratkhabar sinar harian :


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 1
http://web.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=1147:panduan-perkembangan-pembelajaran-murid-tingkatan-1&catid=80:sekolah-menengah


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 2
http://web.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=1148:panduan-perkembangan-pembelajaran-murid-tingkatan-2&catid=80:sekolah-menengah


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 3
http://web.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=1149:panduan-perkembangan-pembelajaran-murid-tingkatan-3&catid=80:sekolah-menengah


___________________________________________________________________


Dulu dikenali sbg PBS..Kenapa tukar ek daripada 
PBS kepada PPPM?



Penambahbaikan 1 : DSP ditukarkan sebagai PPPM 
Masalah : 
1. Dokumen Standard Prestasi dikatakan terlalu rigid dan terikat. 
2. Guru perlu mentaksir mengikut pernyataan evidens
3. Guru terbeban kerana terpaksa mentaksir menggunakan kertas soalan bagi setiap pernyataan evidens.


Penyelesaian : 

1. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid lebih fleksibel.
2. PPPM lebih membantu guru memberi fokus lebih kepada pdp. 
3. Pernyataan evidens ditiadakan supaya guru tidak terikat dengan pernyataan evidens. 
4. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit juga ditiadakan.



Penambahbaikan 2 : SPPBS direkodkan Secara Offline

Masalah : 
1. Masalah capaian yang perlahan
2. Rekabentuk sistem kurang mesra pengguna
3. Kemudahan dan prasarana belum lengkap

Penyelesaian : 

1. Rekod secara offline dan bebas mengikut kesesuaian masa guru
2. Menyediakan pelaporan perkembangan pembelajaran murid untuk makluman ibubapa
3. Tiada masalah untuk akses internet lagi.


Penambahbaikan 3 : PMR digantikan dengan PT3

Masalah :
1. PMR ialah peperiksaan berpusat
2. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan


Penyelesaian :
1. PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menggantikan PMR
2. Bukan peperiksaan berpusat
3. Sekolah bertanggungjawab mentadbir, mentaksir, memberi skor dan mengeluarkan pelaporan


*PEKELILING PENAMBAHBAIKAN PBS:

http://web.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2014/Pekeliling%20PBS%20Bil1.2014.pdf


*UNTUK PANDUAN. BOLEH KLIK LINK NI:

http://web.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2014/Pekeliling%20PBS%20Bil1.2014.pdf

UNTUK PANDUAN PENGURUSAN BERASASKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH..




Mari kita menghafal surah Al-Humazah






Sekitar MTAQ Peringkat Daerah Seremban 2




Hadiah yang disediakan untuk peserta

Sebelum bertanding, bergambar kenangan

Para peserta pertandingan bercerita diberikan taklimat

Khusyuk peserta menulis khat

 Hafazan bahagian perempuan

 Sebelum dipanggil untuk hafazan


Sebelum pulang ke sekolah

Wednesday 23 April 2014

SEMPENA HARI GURU 2014

Hari Guru di Malaysia disambut pada  16 Mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada para guru. 
Tetapi tahukah anda sejarah disebalik pemilihan tarikh ini? Sebagai seorang guru,khususnya guru-guru muda, kita patut menelusuri sejarah bagaimana tarikh ini dipilih.
 
 Menurut Jabatan Penerangan Malaysia di laman sesawangnya : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/12908-16-mei-sejarah-hari-guru.html


"Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu."


Antara tema-tema yang telah dipilih:
 
2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara










Video sempena Hari Guru dengan garapan melodi yang indah




Hadiah perkongsian bookmark sempena Hari Guru yang bakal menjelang untuk semua pelawat . Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkongsi idea.